Jam'iyatul Di Kuwait telah mengadakan pertemuan membahaskan soalan-soalan yang ditujukan kepada empat belas ulama fiqah dari pelbagai bangsa tentang hukum belajar secara bercampur lelaki dan perempuan dan membahaskan bahaya-bahaya yang akan timbul akibat belajar secara tersebut.
Masing-masing para ulama memberikan fatwa bahawa adalah haram lelaki dan perempuan belajar secara bercampur. Para ulama menguatkan lagi fatwanya dengan berlandaskan al-Quran suran An-Nur dan Al-Ahzab yang menunjukkan bahawa haramnya bercampur lelaki dan perempuan (ikhtilat), membuka wajah (sufur) dan bersolek (tabarruj). Pertemuan itu juga telah membahaskan tentang hijab dan tempat tingal dirumah bagi orang perempuan.
Para ulama di perhimpunan itu telah menguatkan hukum-hukum yang diputuskan dengan mengemukakan hadis yang menunjukkan haramnya ikhtilat sebagaimana uang disebut di atas. Fatwa-fatwa ulama tersebut di kumpulkan menjadi sebuah risalah yang bertajuk " Hukmul Islami Fil Ikhtilat" (hukum islam tentang ikhtilat)
Para ulama juga menyebutkan tentang bahaya-bahaya ikhtilat yang berdasarkan pada penyelidikan:
Iaitu telah melanda pada umat ini (umat islam) seperti apa yang telah melanda dunia barat dimana mereka telah hilang perasaan malu dan kejelikan menjadi perkara biasa bagi mereka. Akibatnya menjalarlah penyakit-penyakit keretakan rumah tangga dan banyak sekali berlaku perceraian(talak). Pemuda dan pemudi di Negara barat melepaskan nafsu secara haram telah menjadi satu kebiasaan bagi mereka. Oleh kerana terlalu banyak melepaskan nafsu syahwat melampaui batas pada nafsu yang serong, ini membuatkan kesihatan pemuda pemudi tidak stabil dan menjadi malas untuk bekerja.
Keraguan yang telah dibahaskan
Kebanyakkan para pendukung ikhtilat beranggapan bahawa pencampuran antara lelaki dan perempuan itu boleh, ini kerana pendapat mereka mengatakan terjadi di masjid dalam sembahyang raya dan waktu haji dan umrah. Ini adalah pendapat yang tidak beralasan
Perempuan diizinkan bersembahyang di masjid dengan syarat di bahagian belakang sedangkan lelaki di bahagian hadapan. Dan orang perempuan tidak dibenarkan memakai wangi-wangian, bersolek dan tidak dibolehkan memakai perhiasan. Bagi kaum wanita sembahyang dirumah adalah lebih baik daripada sembahyang di masjid.
Bercampurnya kaum lelaki dan perempuan sewaktu melaksanakan ibadah haji dan umrah adalah darurat syarie dan mesti disertai oleh muhrimnya. Maka tidak ada alasan bagi orang membolehkan ikhtilat seperti tersebut di atas.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment