Sesungguhnya zina adalah hasil yang tidak dapat di duga akibat daripada perbuatan tabbaruj dan ikhtilat. Apabila terdapat perbuatn bersolek dan bercampur gaul lelaki dan perempuan maka akan terjadilah zina. Zina adalah termsuk dalam kehancuran yang besar dan kekejian yang paling hina yang mengancam masyarakat.
- Sesungguhnya perbuatan zina telah menjalar dan ianya kini telah menjadi satu kebiasaan. Zina juga merosakkan ikatan pernikahan secara syarie yang dilaksanakan dengan prasyarat hak dan kewajipan.
- Zina mengancam keselamatan bayi dan memusnahkan manusia, sebab para pelaku zina tidak bermaksud untuk melahirkan anak, mereka hanya hendak melepaskan nafsu dan mencri kepuasan sahaja dan si perempuan pula menggunakan bermacam-macam cara untuk mencegah dari berlakunya kehamilan.
- Zina menyusahkan masyarakat kerana mereka yang sering melakukan zina membiakan berbagai-bagai penyakit kelamin yang merbahaya.
- Zina juga akan memutuskan hubungan keluarga, memutuskan keturunan dan memutuskan perhubungan peribadi dengan masyarakat.
- Hilangnya kehormatan perlakunya, jatuh martabatnya disisi Allah SWT dan dimata manusia.
- Manusia memandang penzina dengan pandangan yang terhina hinggakan tidakada orang yang hendak mempercayai dirinya dan anak-anaknya.
- Zina dapat memporak-perandakan hati keran rindu kepada wanita dan menyakitkan hati kerana menggilakan setiap wanita. Selalunya jiwa orang yang melakukan zina akan dilanda sedih dan merana. Kerosakan iman seorang mukmin adalah kerana merela lupa kepada Allah dan hukum-hakamnya. Dosa merosakkan ketenangan iman, kerana dosa yang besar akan mendapat seksa yang pedih.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya iman itu melayang dari seorang ahli zina di kala dia melakukan zina"
Sabda Rasulullah SAW:
"Tidak melakukan zina seorang penzina ketika berzina, sedang dia seorang mukmin"
Coretan:
No comments:
Post a Comment