Jadual Exam Semester 4
~copy paste from classmate wendy~
Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”
Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:
وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”
Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:
سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”
Doa memohon kejayaan cemerlang:
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”
Doa Waktu menuju ke dewan peperiksaan :
“ Wahai Allah, jadikanlah dalam hatiku cahaya, dan pada lidahku cahaya , dan jadikanlah pada
pendengaranku cahaya, jadikanlah pada penglihatanku cahaya dan di hadapanku cahaya,
Wahai Allah, kurniakanlah padaku cahaya”.
pendengaranku cahaya, jadikanlah pada penglihatanku cahaya dan di hadapanku cahaya,
Wahai Allah, kurniakanlah padaku cahaya”.
DOA
SEMPENA
MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (1)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ
عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Allahumma
Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian
terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Ya
Rafi’a al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa
kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan kami.
Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan
dan iradatmu jua.
Justeru… kami pohon padaMu berikanlah taufik
dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah
dada kami dan janganlah engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami
dan janganlah engkau persulitkan..
Allahumma Ya
Rahman Ya Rahim,
Hanya padaMu kami mohon. Kurniakanlah
kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami
golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah
usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta
berjasa kepada bangsa dan negara.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ،
وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ
اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ
مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ
اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ
وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ
سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ
ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
" Ya Allah berikanlah kejayaan kepada ku dalam hadapai peperiksaan akhir ni
Kejayaan yang Engkau berikan kepadaku adalah hadiah yang bermakna untuk mak dan ayah aku
semoga dengan kejayaan yang Engkau kurniakan dapat mengembirakan hati mereka
permudahkan urusanku Ya Allah"
Amin....
kepadaMu ku memohon pertolongan....
semoga adik dan sahabat-sahabatku dipermudahkan dalam
menghadapi peperiksaan akhir ini....
....amin
No comments:
Post a Comment