Friday, May 27, 2011

Kunc Kebahagiaan Itu Ada Dalam Solat


Kulihat Kebahagian bukan milik orang
yang berharta banyak, melainkan kebahagian itu 
hanyalah milik orang yang bertaqwa

Halaman pertama kebahagiaan dalam catatan buku harian, dan kegiatan kesihatan pertama dalam urusan kegiatan siang hari adalah solat Subuh. Oleh sebab itu, mulai hari ini bukalah hari kita dengan solat Subuh.

Dengan demikian, anda berada dalam perlindungan dan ikatan perjanjian dengan Allah SWT. Anda juga berada dalam pemeliharaan dan penjagaanNya. Dia pasti menjaga kita dari segala yang tidak baik, lalu menunjukkan kita kepada setiap kebaikan, mengarahkan kita kepada setiap keutamaan, dan mencegah kita dari segala yang hina.

Sesungguhnya tidak akan berkah hari-hari yang tidak diawali dengan silat Subuh, kerana Allah SWT tidak akan menjadikan siang hari menjadi dinamik.

Sesungguhnya solat Subuh adalah melambangkan awal penerimaan dan ketaatan, kejayaan yang tercatat dalam buku; tanda kemenangan, kemuliaan dan keteguhan. Tahniah bagi setiap orang yang menunaikan solat Subuhnya dan beruntunglah mereka.

Kesejukan  hati hanya akan diperolehi oleh orang yang menunaikan solat Subuh; kesengsaraan, penderitaan dan kekecewaan hanyalah bagi orang yang melupakan solat Subuhnya.



Petikan daripada buku:
130 Resipi untuk menjadi Wanita Paling bahagia di dunia.




No comments:

Post a Comment