~Puding Karamel~
Bahan:
Untuk gula karamel:
- 1 cawan gula
- 1 cawan air
Untuk adunan puding
- 1 tin susu cair
- 4-5 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 3 sudu kecil gula (kalau sape suka manis boleh lebihkan gula)
Cara-cara:
1. Mula-mula buat gula karamel. Cairkan gula dengan api sederhana. kacau gula sampai cair dan
bertukar warna keperangan.
2. Apabila sudah bertukar warna keperangan, perlahankan api dan masukkan air sedikir demi
sedikit. Hati-hati semasa masukkan air kerana ia akan meletop-letop.
3. Selepas masukkan air, besarkan semula api dan kacau air dan gula sampai larut sebati
4. Kemudian masukkan gula karamel pada dasar loyang untuk dikukus.
5. Sementara menunggu, buat adunan puding
6. Masukkan semua bahan untuk puding ke dalam pengisar (blender)
7. Kemudian adunkan bahan-bahan sekejap jangan sampai kembang. ketepikan kemudian tunggu
sampai gula sejuk sedikit.
8. Kukus air sementara untuk letakkan aduan tadi.
9. Bila sudah mendidih air yang dikukus, perlahan-lahan tuang aduan puding dalam acuan gula
karamel yang disejukkan tadi.
10. Masukkan dalam pengukus lebih kurang 40 minit.
11. Apabila sudah cukup 40 minit, cucuk dengan garfu untuk tengok sudah masak atau belum.
12. Sejukkan sekejap apabila sudah masak.
13. Kemudian terbalikkan kedalam dulang leper.
14. Sejukkan dalam peti sejuk
15. yummy!! jom makan.
mcm sdp je napak puding ni...nk cuba wat gak la nati...hehee
ReplyDeletek.wahida...best2..
ReplyDeletetry la buat
wanie buat xsampai sehari
dah abis adik mkn
faverote dia
hihi:)