Aku mencapai telefon
tanganku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas.
Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan
SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad
besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai
nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis
macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang
berlaku. Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan
….
Aku teringat ketika
dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah
rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi
nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM
dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah
bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan
sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak
salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. ‘Boring’ juga kalau asyik berhubung
melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2
dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.
Di KL, aku telah
menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk
keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa
dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi
aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja
cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami
taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya
itu. Selepas solatAsar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran
dan kami makan ‘early dinner’ di situ. Kemudian, satu detik yang agak
‘mengingatkan’ bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang
aku ke rumah saudaraku… Dia ada bertanya “Apa beza kita dengan diaorang kat
situ tu ye?” Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang ‘couple’ yang sedang
lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam
sekejap. Huh. Agak menduga, tapi ’simple’ saja. “Ala, kita ni baik sikit. Tak
ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm…
Islamik sikit la pendek cerita!.” “Hmm..” Amin hanya mengangguk-angguk. “Dalam
Islam ada ke macam ni?” Amin menduga lagi. Erk… Semakin terkesima aku
dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu
selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia
‘counter’ lagi. Huh. Diam sahaja lah! “Erh, abaikan je lah. Saja je saya
tanya…” Amin cuba menyedapkan hati.
Tidak lama selepas
Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru,
dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan
dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu
mengawal hubungan yang masih tidak ‘rasmi’ ini. Dan sejak daripada itu dia
tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang
pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan
gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih
faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak
yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan
ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia
juga ada berpesan – ‘Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah,
kemudian Dia akan jaga hubungan kita.’
Jadi, apakah yang akan
berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir
itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini.
Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku.
Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga
tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti
kebanyakan lelaki yang ‘playboy’ pada masa kini.Ops! Mungkin agak kasar untuk
berkata sedemikian.‘Tuuut. Tuuut…’ Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang
terpapar. “Esok free tak? Boleh kita chatting?” “Boleh… Saya free je.” jawab
aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat ’surprise.’ Aku dah agak dah,
takkanlah dia hantar SMS saja untuk ‘wish birthday’ aku. Keyakinan aku mula
bertambah. Dia masih sayang padaku. “Ok.Tq…” balasnya pula. Keesokannya, aku
menanti awal dia online. ‘Tuk. Tuk. Tuk..’ Amin has signed in. Oh, tepat
sungguh waktunya…
Amin: assalamualaikum
wbt.
Wani: wsalam…
Amin: apa khabar? sihat? iman baik?
Wani:
alhamdulillah… sihat2..=) awak?
Amin: alhamdulilah… baik2
juga… iman selalu turun naik sejak kebelakangan ni… tp takpe, ok je semuaWani:
awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week…
Amin: welcome… tak balik.
byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit…
Wani: wah,
rajinnya… baguslah!
Amin: hurm…
Amin: study macam
mana?
Wani: ok je… new sem
ni berat sket.. Jadual pack.
Amin: oic…
Amin: takpe, study rajin2
ye..
Amin: hurm, dah
lama nak tanya ni sebenarnya…
Amin: hurm…
Wani: apa dia? tanya la… sila2..
Amin: 1st of all
sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?
Wani: erh… macam awak kata dalam email
tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak lebih daripada tu… tp, special sket…
tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan?
Wani: so,
statusnya kawan je la…
Amin: hurm…
Wani: erh, tak betul
ke?
Amin: hurm.. ni opinion
je la – antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang
lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2.. atas alasan aper
skali pun ia tak patut diterima..
Aku tergamam seketika.
Tertampar keras juga rasanya…
Wani: jadi…
Amin: saya rasa
kita harus stop… stop untuk berpisah…
Amin: sbb……
Amin: sbb saya sedar yg
semua ini adalah salah dan juga keliru…
Amin: benda ni akan
buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…
Amin: walaupun kita
jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber’zina’…
Amin: huh…
Amin: saya bercakap
itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi
sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…
Amin: kononnya
Islamik…
Amin: saya rasa cara ni
tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam…
then, org nampak Islamik…
Amin: saya rasa
takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber’couple2’ nieh..
Amin: hurm…..
Amin: jadi, saya
rasa kita harus berpisah…
Amin: demi menjaga
diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…
Amin: sorry… sorry
byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…
Amin: dan sorry
juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…
Amin: andai ada
jodoh, moga dipertemukan…
Astaghfirullahalazim…
Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras
menitis membasahi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka
perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta
points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih,
pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak
bermakna lagi… Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku
pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini,
hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku
pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama
ini aku telah tertipu dengan bisikan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan
halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa… Cinta hakiki
hanyalah pada Allah…
Tiba-tiba aku teringat
hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu;
pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada
makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir
sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci
dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai
kemanisan iman itu. Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada
sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku
menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini. Aku
terus menjawab ringkas….
Wani: thanks &
sorry too… saya terima… Alhamdulillah…
Wani: moga awak
bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.
Wani:
wassalam. Signed out
Ops! Tersedar daripada
lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad
Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin. “Ya bang,
Wani turun…”Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas
turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan ‘presentation’ kepada
beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program ‘Belia Negara
2057’ esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku
mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang
sebenar dalam menguruskan soal cinta...
Note:
Ya Allah Ya Tuhanku...andai DIA dijodohkan untukku..Engkau satukanlah kami
atas hubungan yang halal dan diredhai Mu Ya Allah. Kami memohon kepadaMu Ya
Allah jagalah hubungan ini hingga ke akhir hayat. Andai ini yang terbaik buat
kami, pertemukanlah kami dijalan yang benar. Hanya Engkau tempat kami memohon
pertolongan.Amin
No comments:
Post a Comment