Di dalam sejarah, tokoh kekafiran yang paling dasyat adalah firaun. Dia bukan sahaja tidak mengakui adanya TUHAN malah mengangkat dirinya sebagai tuhan yang berhak disembah sehingga tergamak mangatakan dihadpan rakyat jelata,
"Akulah tuhan kamu yang maha tinggi"
Akibat ketakutan,seluruh rakyat jelata sanggup menyembah dan mengakuinya sebagai tuhan.
Segala seruan Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s sedikit pun tidak pernah dihiraukan, malah pernah suatu ketika Firaun naik ke puncak sebuah bangunan yang tinggi dan melepaskan anak panah ke langit. Kebetulan anak panah itu jatuh di hadapannya dan bersimbahlah darah. Lalu dia isytiharkan kepada rakyat jelata bahawa dia telah membunuh TUHAN Nabi Musa a.s sedangkan darah tersebut hanyalah darah burung yang Allah SWT telah tetapkan sasaran anak panahnya supaya Firaun bertambah kufur dengan kesimbingan dan kekafirannya sendiri. Seluruh rakyat dipaksa untuk menyembah dan sujud padanya. sesiapa yang ingkar, pasti aakan dibunuh sehingga seluruh rakyat berasa takut dan tidak mempunyai pilihan kecuali menyembahnya.
Walaupun seluruh rakyat menyembahnya sebagai tuhan, namun ada seorang yang paling dekat hubungannya dengan firaun yang berani meningkari dantidak menyembahnya sebagai tuhan. orang itu adalah isterinya sendiri, Asiah. Beliau satu-satunya orang yang beriman kepada Allah SWT di istana firaun. Rahsia keimanan yang disembunyikan selama ini telah terbongkar berpunca daripada ucapan perkataan "ALLAH" yang terbit dari mulutnya secara tidak sengaja.
Firaun berusaha memujuk supaya Asiah kembali kepada kekafirannya dengan berkata, " Whai isteriku , tahukah engkau akibat orang yang mengingkari diriku sebagai tuhan? Sebelum engkau menyesal, ubahlah pendirianmu!"
" Wahai Firaun, pendirianku tidak akan berubah walau apapun yang akan menimpa diriku dan perlu engkau ingat bahawa engkau dan aku adalah sama-sama manusia biasa. TUHANmu dan TUHANku adalah ALLAH," jawab Asiah dengan tegas.
Firaun berusaha memujuk isterinya itu dengan kata-kata yang lemah lembut tetapi tetap juga tidak berhasil, lalu terpaksalah digunakan kekerasan. Tegas Firaun,
" Hai Asiah, jika engkau tidak mahu mengubah pendiriamu, pastilah akan ku pancung kepalamu!"
Jawab Asiah,
"Wahai Firaun, lakukanlah apa yang engkau mahu tetapi sedikit pun engkau tidak akan dapat menguasai pendirianku dan dengarkanlah sekali lagi aku nyatakan bahawa TUHANmu dan TUHANku adalah ALLAH."
Setelah berusaha memujuk dan mempengaruhi secara lemah lembut mahupun secara keras juga tidak berhasil, lalu Firaun membuat pengumuman kepada sekalian rakyatnya bahawa seorang perempuan iaitu Asiah, isterinya sendiri yang akan dipancung akibat keenganannya untuk mengakui firaun sebagai tuhan. Semoga hukuman itu akan menjadi pengajaran bagi sesiapa yang ingkar akan ketuhanan Firaun.
Pada masa yang telah ditetapkan, maka berkumpullah sekalian rakyat di suatu tempat di mana Asiah diikat pada sebatang pokok kurma. firaun masih tidak berputus asa dan cuba memujuk sambil berkata,
"Wahai Asiah, ubahlah pendirianmu. Engkau akan kumaafan."
Berulang kali pula Asiah menjawab,
"Tidak. Janganlah engkau cuba mempengaruhiku lagi. Sia-sia sahaja usaha dan perbuatanmu itu."
Lalu Asiah memohon kepada Allah SWT sebagaimana yang telah dijelaskan didalam firmanNya yang bermaksud:
Permohonan Asiah diperkenankan olehNYA, lalu ALLAH SWT perintahkan kepada malaikat,
"Sesungguhnya hambaKU memohon padaKU agar diperkenankan permohonannya. Maka perlihatkanlah padanya gambaran kerana suaminya yang di dunia akan AKU ganti dengan suami yang lebih baik di dalam syurga, istananya yang ada didunia akan AKU gantikan dengan istana yang lebih baik di dalam syurga."
Maka malaikat pun menunjjukan gambaran keindahan syurga sebagaimana permohonan Asiah. Pada ketikaitu, Asian tersenyum seolah-olah beliau mencabar kematiannya. Asiah menghadapi kemayian bukan dalam keadaan bersedih dan menagis malah tersenyum.
Begitulah kisah Asiah yang penuh dengan dugaan. Walaupun dihukum oleh suami sendiri, namun tetap sabar dantabah menerimanya. Dengan keberanian dan kekuatan iman yang teguhitu telah melayakkan beliau untuk berada didalam syurga bersama kekasih ALLAH SWT tercinta. InsyaALLAH.
Semoga cerita Asiah ini menjadi pengajaran kepada kita, bahawa hanya ALLAH SWY sahaja TUHAN kita yang satu, yang Maha Mengetahui segalanya.

No comments:
Post a Comment