Thursday, August 25, 2011

Kesedihan Meninggalkan Ramadhan, Kegembiraan Menyambut Syawal


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin
Wanie ucapkan kepada semua sahabat

Sahabat-sahabat di :
Sek Keb Putera Jaya (batch 1996-2002)
Sek MenKeb Tg Ibrahim (batch 2003-2007)
Kolej Matrikulasi Pahang (batch 2008-2009)
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (batch 2009-2013)

Guru-guru di SKPJ dan SMKTI
 serta
 Pensyarah-pensyarah di KMPh dan UTHM

Semoga kalian semuaampunkan segala salah dan silap selama mengenali diri ini
Halalkan segala perbuatan dan kesalahan yang pernah wanie lakukan sama ada
secara sengaja dan tidak sengaja, secara sedar dan tidak sedar.

~Salam Aidilfitri~

Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda barangsiapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat. Daripada hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Hari Raya satu perkara yang disyarakkan dalam Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-orang yang beriman dan beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah azzawajallah hasil daripada amal-amal kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti berpuasa di bulan Ramadhan. Sebaliknya orang yang kufur dan ingkar hatinya mati mereka hampa dan kecewa pada hari itu kerana dimurkai oleh Allah dan mereka ditimpa dengan seburuk-buruk balasan.


Rasulullah s.a.w. bersabda daripada Anas r.a.:
Maksudnya: Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis.


Semoga kita semua berada dalam kalangan orang-orang yang beriman
amin

(~_*)

No comments:

Post a Comment