Tuesday, January 17, 2012

Inginkan DIA calon Imamku

-Copy paste pic from Rusydee Artz-   

Siapa  agak-agaknya lelaki yang paling tampan, paling best, paling baik, paling hebat dan paling bermakna antara insan-insan bernama lelaki ? *bermakna ke ^_~

Senang sahaja jawapannya. Lelaki yang mampu jadi seorang imam la dikategorikan seperti yang diatas. Imam? Apa itu Imam? Iman di masjid-masjid atau surau-surau dekat rumah kita ke? Imam bukan sahaja yang berada di masjid-masjid atau surau-surau, seorang Imam boleh berada dimana-mana sahaja selagi dia menjaga solatnya. InsyaAllah. 

Imam ini adalah ketua dalam jemaah menunaikan solat. Tidak kira dirumah atau dimana-mana. Jemaah ini terdiri daripada pelbagai peringkat. Hatta seorang agung pun bersolat di belakang imam. 

Sama seperti seorang wanita, lumrahnya inginkan seorang lelaki yang paling hebat, paling tampan dan paling best la pada dirinya. Wanita yang cerdik pandai akan memilih seorang lelaki yang boleh menjadi Imam untuk dirinya, keluarganya serta anak-anaknya kelak. Bukan sahaja boleh jadi Imam dalam solatnya, namun mampu untuk menjaga dirinya dari segala fitnah dunia, mampu mengajarnya ilmu untuk  urusan ke akhirat. Pendek kata, wanita cerdik pandai inginkan seorang Imam yang mampu mendidiknya dan mengajarnya mengaji Al-Quran. Baru best kan...kan..kan...~_*

Untuk dapatkan seorang Iman kita mestilah kene jaga semua aurat kita dan batas-batas pergaulan kita untuk Imam kita. Jom muhasabah diri dan beramal. *pesanan untuk diri sendiri ^_~

***Impikan seorang Imam yang mampu didik diri ini ilmu dunia dan ilmu akhirat. Semoga Allah permudahkan urusan untuk dapatkan DIA calon imamku...
InsyaAllah
^_~

Usaha+doa+tawakal = Berjaya

No comments:

Post a Comment