Wednesday, February 23, 2011

Sehari Bersama Pensyarah Tersayangan


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
 
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah
ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika
hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



~Sesi menghias rumah dengan belon-belon~ 

~Ketibaan kami di perkarangan rumah Puan Liza~

~Di jemput oleh pensyarah kesayangan~



~Sesi menjamu selera~


~Santai bersama Uncle Azman sebagai moderator~

 ~Uncle Azman yang sporting~
 ~Puan Liza melayan kerenah  pelajar lelaki~

~Cenderamata dari kami buat Puan Liza Sebagai kenang-kenangan~



~Buah tangan dari Puan Liza Sebagai kenang-kenangan~
~Sesi Bergambar Sebelum Berpisah~
Terima kasih Puan atas segala tunjuk ajar yang telah Puan berikan selama 3 semesta mengajar subject LAW. Halal kan segala ilmu yang telah Puan berikan. Ampun dan maaf kami pohon dari Puan andai selama kami semua kenal Puan, Puan ada terasa hati dan tersinggung dengan perbuatan kami semua. Harap dimaafi. Jutaan terima kasih kerana adakan majlis untuk kami semua. Semoga Allah memberkati Puan dan sekeluarga.
Kami semua sayang Puan Liza.......
~19 Februari 2001~
~~~THE END~~



1 comment:

  1. La...xsangka km pn student pn liza...die mmg la t'sangat2 best..lecturer fav.gak...akak dlu pn ex-uthm kos BPD gak...hehehe

    ReplyDelete