Tuesday, May 29, 2012

Perkara yang membatalkan solat mengikut Mazhab Syafi'i


  • Berlaku hadas kecil
  • Berlaku hadas besar
  • Bercakap yang disengajakan walaupun sedikit
  • Makan dan minum
  • Gerakan sebanyak 3 kali dan ke atas secara berturut-turut, dan gerakan tersebut bukan daripada perbuatan solat ( anggota besar)
  • Ketawa dengan kuat
  • Murtad
  • Menjadi gila
  • Berpaling dari kiblat
  • Membiarkan aurat terbuka
  • Menjadi makmum kepada imam yang tidak sah solatnya seperti orang kafir
  • Mendahului atau tertinggal dua rukun fi'li daripada imam dengan sengaja
  • Mengulangi takbiratulihram untuk kali yang kedua dengan niat iftitah
  • Jika mendapat pakaian yang menutup aurat, bagi orang yang bersolat tanpa menutup aurat kerana tiada pakaian
  • Waswas dengan rukun solat, syarat solat atau kaifiat solat, sama ada dilakukan atau tidak
  • Berubah niat kepada solat lain
  • Niat keluar atau menamatkan solat sebelum menyempurnakannya
  • Berazam untuk menghentikan solat
  • Berbelah bahagi sama ada hendak menghentikan solat ataupun tidak
  • Meninggalkan rukun solat dengan sengaja termasuk bacaan
  • Mengulangi rukun fi'li dengan sengaja
  • Mendahului rukun-rukun solat
  • Terbuka khuf ( sarung kaki kulit) hingga menampakan kaki bagi orang yang berwuduk dengan menyapu khuf
  • Waktu orang yang mengharuskan memaikan khuf  menyapunya ketika wuduk telah tamat
  • Sengaja memanjangkan rukun yang pendek, seperti berada dalam keadaan iktidal dalam masa yang sama lamanya dengan masa yang diambil untuk membaca al-fatihah
  • Sengaja memberi salam sebelum menyempurnakan solat
  • Kembali duduk selepas bangun berdiri daripada tasyud awal dalam keadaan mengetahui tegahan melakukannya, kerana ia menambah rukun solat
Sekian


2 comments:

  1. Assalamualaikum..nak tnya, apa yg saudari maksudkan dengan mengulangi takbiratulihram dengan niat iftitah?

    ~maaf, sy kurang fhm..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya mengangkat takbiratul ihram 2 kali( dengan niat semata2 untuk membaca doa iftitah) padahal doa iftitah itu hukumnya sunat hai'ah

      Delete