Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Doa Bulan Rejab


Bismillahirahmanirahim....


Fadilat Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.


Friday, May 18, 2012

Permudahkanlah Ya Allah

Ya Allah....
Engkau Permudahkanlah urusanku,
Engkau Permudahkanlah urusan kedua-dua ibubapa ku,
Engkau Permudahkanlah urusan adik-beradik ku,
Engkau Permudahkanlah urusan guru-guru ku,
Engkau Permudahkanlah urusan sahabat-sahabat ku,
Engkau Permudahkanlah urusan kawan-kawan sekelas ku,
Engkau Permudahkanlah urusan muslimin dan muslimat ku,
Engkau Permudahkanlah seluruh makhluk pelusuk dunia,

Selamat berVIVA sahabat-sahabat sekalian,
Doaku sentiasa mengiringi sahabiah sekalian,
Doakan kejayaanku jua,
Semoga kita semua diberi kekuatan untuk menempuhinya,
kuatkan aku Ya Allah


Ya Allah....
Aku tersangat merindui mak dan ayahku.. :'(
Terasa lama tidak pulang rumah...:'(
Walaupun hari-hari berhubung dengan mak, ianya tidak sama bersembang
berhadapan dengan mak...:'(
Mak doakan k.wanie berjaya untuk pembentangan minggu depan yup...:'(
Bersabar untuk menghadapi lagi satu semester, semoga diberi kekuatan..:'(
Amin 

Rindu mak & ayah sangat-sangat
Sayang mak & ayah sampai syurga
L0VE U mak & ayah

Tuesday, February 14, 2012

Renungan Buat Sahabat


Assalamuaaikum...

Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya kerana sahabat itu terlalu ISTIMEWA dalam doa saudaranya walaupun tanpa bayangannya

May Allah's love walk before u
May problem stay away from you
May true friend stand beside you 
May love surround you
May Allah bless you

 Simple music can make you sing, simple life can make you fell better, simple things can make you happy. Hope simple salam make you smile

Kalau saya jadi air mata, saya ingin lahir dari mata awak, hidup dipipi awak dan mati dibibir awak. Tapi kalau awak jadi air mata saya, saya takkan menagis sebab saya tidak mahu kehilangan awak buat selama-lamanya.

Jangan pernah ucap selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba, jangan pernah menyeh jika kamu masih merasa sanggup, jangan pernah menyatakan kamu tidak menyintainya, jika kamu masih tidak dapat melupakannya

Sahabat sejati tidak membeku dikala musim sejuk, tidak akan cair dikala musim panas, tidak gugur dikala musim luruh, tetapi akan sentiasa mekar seperti seindahnya musim bunga.

Ya Allah jaga PERSAHABATANKU dengan TEMANKU ini, kuatkan jasadnya dengan rahmatMU, kuatkan rohnya dengan rohMU, permudahkan jalan untuknya dalam Agama ISlam ini dengan redhaMU.


  • Secebis (kasih) membuatkan kita (sayang)
  • Seucap (janji) membuatkan kita (percaya)
  • Sekecil (luka) membuatkan kita (kecewa)
  • Tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya bermakna

Untuk TEMANKU, pesan pada diri tabahkan hati, kuatkan semangat, pesan pada hati kukuhkan iman, banyakkan zikrullah, pesan pada naluru jangan merungut dan jangan kecewa.

Kita tidak memerlukan sahabat yang sempurna untuk dijadikan sahabat, memadailah seorang teman yang membuatkan kita berasa sempurna apabila mengenalinya.

Persahabatan yang ikhlas sukar diperolehi tetapi mudah dilupai, hubungan sesama insan dibajai bunga-bunga cinta namun akhirnya hampas sahaja malah tidak kekal lama, maka cintailah Allah dan Rasul Mu melebihi segala-galanya kerana disitulah kemuncak bahagia.

Mengenali Mu satu keindahan, bergurau denganMu satu kebahagiaan, menyakitiMu sadaya uapaya cuba ku elakkan, hanya satu doaku, agar ukhwah ini dirahmati Allah.

SAUJANA alam damai dilatifah RABBANI, seindah persahabatan ini, Se UNIC pertemuan antara kita, SeINTEAM ikatan ukhwah, moga kekal selamanya DEHEARTY..

Sekian




Sunday, January 15, 2012

Selesai Alhamdulillah



Alhamdulillah...

Selesai sudah perjuangan untuk semester 5

Semoga keputusan memuaskan dan


setimpal dengan usaha yang telah dibuat


InsyaAllah

Masih berbaki 2 semester untuk melangkah ke alam seterusnya



Semoga dipermudahkan segala urusan

Amin

^_^

Sunday, December 4, 2011

Ku Memohon Keampunan KepadaMU ya Allah


Di atas hamparan sejadah suci
Hamba menadah kedua tangan ini
Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMU
Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMU
Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMU
Hati hamba merasa hambar dan sunyi
Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati
Jiwa hamba kosong dan takkan berisi
Melainkan dengan redha Yang Maha Mengetahui
Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu Yang Maha Mengasihani



Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari
Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat ILAHI
Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari
Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi
Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni…
Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni
Sujud dahi hamba mencecah ke bumi
Tanda syukur hamba akan kebesaran ILAHI
Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi
Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari…
Ya Rabbul Izzati…


Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??
Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri
Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani
Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai …
Hamba amat mendambakan cinta dariMu
Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu
Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu
Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu
Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu…


Aku selalu mohon pada Ilahi agar aku mendapat jodoh dengan insan pilihanNya.
 Aku ingin cintaku dekat denganNya. 
Aku ingin mendapat bimbinganNya dalam melayari kehidupan bahagia yang ku idamkan.


Dalam mencari sebuah hikayat cinta
Hati yang tulus murni amat sukar ditemui
Sukar mencari jiwa yang menerima seadanya
Cinta manusia hanyalah pinjaman di duniawi
Cinta ILAHI jualah yang kekal selamanya
Hanya insan terpilih akan memiliki cinta sejati di uhkrawi…


Hadirkanlah dalam cerita hidupku
Seorang insan bernama teman
Yang sentiasa berada di dalam doaku
Bersama diriku menempuh onak perjuangan
Rela sehidup semati dalam pimpinan agamaMu
Agar dapat merasakan kemanisan iman…


Temukanlah aku dengan cinta yang mencintaiMu
Cintakanlah hatiku dengan cinta yang merindui syahid fisabilillah
Bukan cinta yang berlandaskan hawa nafsu
Kerana syaitan akan menjadi pemisah
Antara cinta hakiki dan cinta palsu
Yang hanya  menyebabkan hati terbelah dan berpecah…


Berilah hatiku kekuatan dan ketabahan
Dalam mencari cinta seorang insan
Bersenjatakan kekebalan iman
Berperisaikan doa dan kesabaran
Dalam mengahadapi dunia yang penuh kepura-puraan
Menjadi sebuah permainan hidup yang mensia-siakan…


Satukanlah hatiku ini dengan sekeping hati murni
Yang membawa aku ke arah jalan kebenaran ILAHI
Yang bisa menjadi bukti lafaz cinta suci
Pada pandangan ALLAHURABBI
Agar berkekalan hingga ke syurga abadi
Dan berbahagia di taman indah firdausi…


Bisakah dicari dalam dunia yang fana’ ini
Seorang teman hidup idaman hati
Yang memiliki keteguhan iman yang tinggi
Dan mempunyai hati yang tulus suci
Serta kaya dengan budi pekerti dan akhlak terpuji
Dalam menghulurkan cinta sejati???
Semoga cinta yang sejati akan ku temui
Semoga hari itu akan menjadi saksi
Pertemuan dua hati murni di hadapan ILAHI
Di depan pintu gerbang syurga  hakiki dan abadi…