Thursday, January 6, 2011

Kisah Hidup dia, bukan saya^^

disini bermulanya kisah hidup saya yang ingin saya kongsikan bersama kalian..
perjalanan cinta yang ingin saya kongsikan..

kisah ni terjadi bila seorang dari sahabat saya membina masjid..dalam kata lain menamatkan zaman bujangnya.. rasa gembira ini tidak mampu disembunyikan. Alhamdulillah pertemuan mereka melalui orang perantara. alhamdulillah saya sebagai sahabatnya datang utk memenuhi undangannya..

Nabi s.a.w pernah bersabda "jika salah seorang daripada kamu diundang, hendaklah ia memenuhi undangan tersebut. jika dia sedang berpuasa (sunat), hendaklah ia mendoakan pihak pengundang. jika dia tidak berpuasa, maka makanlah" (muslim)

sekali lagi undangan perkahwinan datang.. sahabat saya juga^^
tapi kali ini pasangannya orang cina 
(saja ckp org cina sbb muka dlm gmbar ni mcm cina..hehehe)
Alhamdulillah, lelaki ni mualaf. sudah dua tahun memeluk Agama Islam.
Nak tahu, dia dah pun pandai baca Al-Quran. Mungkin lebih fasih dari kita yang memang sejak azali Islam.
bisikan yang sama menjadi halwa telingaku..sabar saja lah ya..


tidak lama selepas tu, saya dapat lagi kad undangan perkahwinan seorang lagi sahabat saya..muda setahun dari saya. Jodohnya awal^^

sekali lagi bisikan itu menjadi makanan telinga saya..

"ukhti bila lagi? ini juga satu ibadah..perkara baik sebaiknya kita segerakan. minta tolong la ustaz atau ustazah carikan"

kali ini, hati betul2 rasa seperti...entah la..kita sendiri fikir k...hehehehe
. lepas tu...tiba-tiba, ustazah yang memang rapat dengan saya mengejutkan saya dgn sebuah khabaran...ada seorang akhi yang mahu menjadikan saya ni sebagai sayap kirinya dalam perjuangan menegakkan syiar Islam..huhuhu...

gambar ni la calon yang ustazah katakan.. saja bagi besar sikit. biar nampak lagi jelas.. hensem dak??
"ana tidak mengenalinya ustazah..tapi ana percaya bahawa ustazah tidak akan menyerahkan ana pada pendamping yang tidak beragama. bukan ana nak memilih, tapi ana ni sangat memerlukan imam yang mampu membimbing ana. insyaAllah kalau dia jodoh ana, ana redha"

ustazah hanya tersenyum..hehehehe
berita ni saya khabarkan kepada mak. sebab ada sebuah hadis
 yang mengatakan bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa. nak hadis tu? sat...

Rasulullah s.a.w bersabda "keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa" at'tirmizi

nak bagi tahu pun mestilah romantik sikit.. bagi special sikit. baru baik punya. mak paling suka bunga, saya pun bagi la bunga kat mak saya. bukan nak rasuah tau^^


malam tu saya buat solat istikhara. banyak kali saya buat istikhara. walaupun tak pernah nampak muka dia, saya rasa macam ada sesuatu. rasa macam nak terima je. tapi saya tak layan perasaan tu, takut perasaan tu dari syaitan..saya berdoa lagi. doa yang diajar oleh sahabatku^^

"ya Allah seandainya dia diciptakan menjadi milikku, baik untukku,duniaku dan akhiratku..maka satukanlah kami dalam ikatan pernikahan.. tetapi ya Allah seandainya dia bukan milikku, tidak baik untukku, duniaku dan akhiratku..maka pisahkan kami dan hubungkanlah kami sebagai persaudaraan ISLAM"

Alhamdulillah^^..akhirnya saya memilih dia untuk menjadi pelengkap sebahagian lagi imanku. semoga dengan terbinanya hubungan halal ini, menjadi saham buat akhirat saya. Berkasih selepas nikah^^


untuk hari istimewa ni, kami tak lepaskan peluang untuk bergambar. saja ja, suka-suka tangkap gambar. nanti 5 tahun akan datang, pasti gambar tu jadi kenangan terindah^^

masa ini kami sedang menikmati bulan madu^^..
cantikkan tempat ni? Magic World.
^^ saya suggest kat korang, mai la tempat ni.. tempat ni ala-ala istana Cinderella. kalau tak percaya, tengok latar tempat ni. pokok kacang dalam cerita Jack dan kacang ajaib pun ada. pasal tu lah nama tempat ni Magic World^^
                                                                    




kami masih lagi menikmat bulan madu. huhuhuhu~~~ 
hari-hari makan dan minum madu kot^^...
"sayang nak bermadukah?" usik zauji pada saya. 
lepas tu saya buat-buat merajuk.
 Ambil contoh Ummul Mukminin Aisyah r.ha 
yang merajuk kepada Rasulullah SAW agar bertambah disayangi^^ hehehehe



waktu zauji nak dekat dengan saya, saya bergurau
"kalau kanda nak dekat, kanda kena lawan dinda dulu"

haiyyakkk*_*...huhuhuhu














 lepas tu, saya keluarkan panah..
"kanda jangan takut. dinda tak panah kanda. dinda nak ambil sunnah Rasulullah bermain panah. jom kanda temankan dinda"

^^ twink twink...





iklan sebentar..
seronok tak cerita saya ni??
bosan??
Jom kita zikir dulu..
Subahanallah, Alhamdulillah, Allahu akhbar (33x) 
dah bosan ke??
jangan marah ye..
ok kita dah nak sambung ni.. 



Alhamdulillah, kitorang dah balik dari bulan madu. tak sangka pula usia pernikahan kami dah mencecah 7 bulan.



Allahu Allahu Allahu...
Allahu Allahu Allahu...

-Allahu ni lirik lagu tau. alaa lagu yang versi india tu. mungkin tu pasal tangan saya macam tu^^












 Eh kenapa muka saya lain macam ni??

Alhamdulillah, saya dah mengandung 2 bulan..
pembawaan bayi kot^^



                                                           

inilah bayi pertama kami. chumill kan???

nak bagi nama apa ye??
tolong cadangkan nama untuk bayi ni?^^








 Alhamdulillah.. bertambah lagi ulama dalam keluarga kami. semoga anak-anak ini bakal menjadi sehebat al'fateh!!

"awat muka cek nampak lebaq. cek dah gemuk naa??"

^^ dah ketandusan idea ni ^^







Dan bertambah lagi keluarga saya. 
Bayi yang kedua tu sebenarnya perempuan. 
Same goes to the third child. 
Ni anak-anak saya, ni ambil perangai umi dan abi dialah ni. Fotogenik (ker fotogenetik? Apa ya istilahnya). 
Tengok tu! 
Mak haih!!!
 Posing sakan mereka! 



Suatu hari saya menangis. saya beritahu yang saya ni ada penyakit kronik. saya minta maaf sebab merahsiakan daripada zauji. zauji memujuk saya agar tidak bersedih. Lantas saya berkata sesuatu kepadanya, yang membuat zauji terkejut!

"Abang kahwinlah satu lagi. Sayang sanggup dimadukan. Lagipun sayang nak anak-anak kita dijaga oleh sepasang suami isteri yang bahagia."



saya pun bagi sekeping gambar kepadanya. 
Salah seorang muslimah di dalam foto itu merupakan bakal zawjah kedua zauji saya.

"Abang, kalau seseorang wanita itu menolak poligami, sesungguhnya wanita itu menggalakkan perbuatan zina. Sayang tak mahu menolak poligami dan menggalak 
zina."



Akhirnya, zauji saya berkahwin dengan zawjah kedua. saya sungguh gembira. Awan-awan berbentuk love itu muncul lagi! cantik kan^^





hehehe..




saya pun pergi meninggalkan dia. pergi buat selamanya. saya sedang menantimu di pintu syurga kanda.. (layakkah aku masuk syurga? T_T)
saya pun pergi meninggalkan dia. pergi buat selamanya. saya sedang menantimu di pintu syurga kanda.. (layakkah aku masuk syurga? T_T)
Zawjah kedua tu membuat sebuah novel khas memperingati pengorbanan zawjah pertama (saya). Tajuk novel itu Birunya Langit Cinta.













Oleh kerana sambutan yang memberansangkan, zawjah kedua membuat novel sambungan yang bertajuk Merah Jambunya Awan Kasih. (Amek ko tajuk dia! Hahahaha!)






Zawjah kedua juga selalu berhias untuk zauji. 
Pesanan daripada zawjah pertama (saya)

Malah dia mengenakan purdah jika di luar rumah. 
Sungguh cantik!













Pernah sekali zawjah kedua ni tersalah makan. Terus hijau muka dia. Nasib baik sempat dirawat. Kalau tak, menduda la si suami^^








berubah suda muka.....whatever...
semoga terhibur dengan ceritaku yang sedikit sebanyak adalah karya sahabat^^

edit from:





No comments:

Post a Comment