Sunday, January 9, 2011

Bahayanya Bersolek




Bersolek itu membahayakan bagi kaum wanita dan lelaki di dunia dan di akhirat. Bersolek adalah haram hukumnya bagi kaum wanita baik ianya masih muda ataupun sudah tua, sama ada wanita itu cantik ataupun hodoh.

Bersoleknya kaum wanita boleh mengakibatkan negative yang besar dan bahayanya juga besar. Bersoleh juga boleh membawa kepada keretakan dan kemusnahan rumah tangga, dan dengan bersolek mengakibatkan fitnah dan kehancuran.

Kaum wanita yang bersolek sesungguhnya telah diperdayakan oleh syaitan dengan tipu dayanya dan menyimpang dari tuntutan al-Quran dan al-Sunnah. Dengan melanggar ketentuan Allah SWT, akan mengakibatkan mereka terjerumus ke jurang kefasiqan dan kemaksiatan.

Wahai saudariku kaum Muslimat, hindarilah perbuatan bersolek dan menonjolkan perhiasan dan kecantikan pada lelaki yang bukan muhrimnya.

Wahai saudariku kaum Muslimat, taatlah kepada Allah SWT dan RasulNya. Peliharalah dirimu, peliharalah agamamu dan jagalah kehormatanmu dari kehinaan.

Wahai saudariku kaum Muslimat, sebahagian dari punca berlakunya kerosakan besar adalah disebabkan ramai kaum wanita Islam yang sangat suka meniru-niru berpakaian cara orang kafir. Misalnya memakai mini skirt, mendedahkan kepala, memperlihatkan dada seolah-olah menunjukkan kehebatan buah dadanya, mempamerkan kecantikan, mendandan rambut mengikut gayanya seperti orang fasik dan memakai rambut palsu dan sebagainya.

Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya:


"Barang siapa yang menyerupai gaya suatu kaum, maka dia termasuk dalam kaum itu,"

Hadis di atas ini sudah cukup untuk menerangkan kepada kita ke mana kita akan tuju lakaubkita mengikut cara hidup orang kafir. Kalau kita masih lagi hendak mengikut cara hidup orang-orang kafir, maka tidaklah perlu kita risau bahawa di akhirat nanti Allah SWT akan menempatkan kita bersama-sama orang-orang kafir di nerakan Jahanam.





No comments:

Post a Comment