Sunday, March 13, 2011

Moga sinar kemaafan itu masih ada…


"Bila kamu lihat dan dongak ke langit, jangan lupa tunduk ke bumi. Bila kamu berjalan ke hadapan, jangan lupa toleh ke belakang. Langit itu penuh impian, bumi itu kenyataan. Hadapan kamu itu 
cabaran, belakang kamu ada teladan"


Hidup terlalu unik dan complicated. Kita tidak akan tahu bila masanya kita akan dirundung malang atau konflik datang melanda. Benar kata pujangga, kerana mulut badan binasa, kerana kata, hati merana. hati yang terluka takkan mampu untuk diubati dengan mudah. Satu ujian yang tidak mampu aku harungu dan tempuhi.

Demi masa yang telah berlalu,
Demi Allah yang menciptakan langit dan bumi ini,
Ku tidak pernah berniat untuk menyakiti hatimu.
Sungguh dan benar dari hati ini...

Maafkanku teman..…
Pada Tuhan ku bermohon, agar ku sentiasa diberikan petunjuk ke jalan benar dan betul untuk kebaikan diriku dan teman yang ku kasihi

Maafkanku teman...
Tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Semua manusia membuat kesilapan samada dalam keadaan sedar atau tidak sedar...

Teman...  
kadang-kala apa yang kita buat dan lakukan kita tidak akan sedar akan hal itu...
Mungkin ada sesetengah individu sedar akan kesalahnnya..
Tetapi mungkin ku ada buat kesilapan...

Teman...
Andai ku ada buat salah akan dirimu maafkan aku..
Jika air mata ini mengalir darah sekalipun, terasa penyesalan itu
seperti tidak berguna lagi

Maafkanku teman…
Tiada nikmat yang terindah selain mempunyai teman sebaikmu  yang memberi nasihat tidak pernah jemu
dan aku mengalirkan air mata menunggu kata maaf darimu teman…. Setia menanti kemaafan dari teman.....






No comments:

Post a Comment