Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Sunday, August 12, 2012

Menangis




Perempuan bila disakiti,
dia hanya mampu menangis
dan 
menangis sehingga dia tertidur.

lumrah seorang wanita yang  memang sensitive





Friday, January 20, 2012

Mengapa kaum HAWA sering menagis?


Kerana wanita itu unik.
Allah ciptakan ia sebagai makhluk istimewa,

Allah kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Allah lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Allah kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Allah teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat  yang lain menyerah,
Allah beri dia naluri untuk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun,
Allah kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi  walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang-orang yang disayangi


Sunday, June 26, 2011

Wanita Yang Harus Dicintai



Rasulullah Muhammad saw adalah contoh tauladan untuk kita umat Islam. Begitu juga para isteri baginda merupakan contoh wanita solehah. Wanita yang paling dicintai Rasulullah adalah ibu dan isterinya Khadijah. Kenapa ibunya? sebab ibu baginda adalah wanita yang mengandung dan melahirkannya dan Siti Khadijah adalah seorang wanita yang sempurna.

Kecantikkan jiwanya, kebersihan hatinya, keimanannya , kecerdasannya, kesetiannya merupakan magnet yang membuatkan  hati seorang pemuda bernama Muhammad luluh. Wanita seperti khadijah merupakan ciri  wanita yang layak dicintai, tetapi di zaman ini ada lagikah wanita seperti itu ?

Bukan bererti pada zaman  ini tiada, tetapi jarang.

Menemui wanita solehah  seperti isteri Rasulullah bukanlah  mudah. Mendekatinya juga sukar. Perkara ini seperti mencari jarum yang hilang. Mungkin wanita itu dikatakan cantik rupa dan tubuhnya, tetapi belum tentu dia memiliki akhlak yang cantik. Kecantikan rupa dan kemolekkan tubuh seorang wanita bukanlah standard ukuran yang dinilai oleh Allah SWT, melainkan dia sentiasa menghiasinya, dengan akhlak yang mulia, ketakwaan dan keyakinannya kepada Allah

Jika  seorang wanita dah memilik keyakinan yang kuat,dan tak mudah terhakis  oleh sekuat manapun badai, dialah wanita yang dapat dikatakan wanita yang layak dicintai oleh Allah,  suami dan keluarga. 
Wanita yang harus dicintai, tidak akan menjadikan kecantikkan yang dimilikinya sebagai kebanggaan yang dapat menjerumuskan kepada sifat riak  atau sombong.  Akibatnya menyebabkan wanita tersebut membuang  jutaan wang hanya untuk merawat tubuh dan kecantikkan yang bersifat sementara dan tidak kekal.

Padahal dalam al Quran dan jelas dilarang untuk tidak menduniakan kecantikkan. Dalam surah al-ahazab ayat 33 diterangkan yang ertinya “Janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah terdahulu”
Tidak ada sesuatu pun yang dapat mengubah  penampilan dan kecantikkan seorang wanita selain kekuasaan Allah taala dengan segala izinnya. Wanita cantik dan harus untuk dicintai akan terpancar dari hati yang bersih dan sikap yang baik dan kata – kata yang sopan, pakaian yang mencerminkan wanita solehah.

Kadangkala,  kita pernah terjumpa wanita seperti itu, tetapi itu hanya sekadar topeng.  Lama – kelamaan, sifat sebenar mereka akan terbongkar. Sebab yang asli akan tetap asli.

Selain dari itu, sifat wanita yang layak dicintai dapat di lihat dari kerendahan hatinya dengan bersikap hormat kepada  sesiapa pun tanpa membezakan darjat dan martabat. Kerana dia tahu setinggi mana pun ilmunya,  dia tetap wanita yang mengerti dan tahu tugasan serta tanggungjawabnya sebagai wanita didalam rumahnya.

Dan wanita yang layak dicintai juga sentiasa rendah hati terhadap manusia lain. Walau ada perbezaan, tetapi dia yakin perbezaan itu hanya dimata manusia sebab tidak ada manusia yang berbeza dimata Allah. Ketakwaan dan keimanan seseoranglah yang membezakannya dimata Allah. Wanita yang mulia kerana hidup glamour atau berjawatan tinggi, bukanlah jaminan kebahagiaan. Tetapi ketenteraman hati dan ketenangan jiwa adalah kunci segalanya.
Seorang wanita yang harus dicintai ibarat lebah yang memberikan manfaat untuk semua orang. Hasil yang diberikannya adalah madu. Dengan madu tersebut,  banyak manusia yang dapat merasakan manfaatnya. Si pencari madu  boleh memberi makan anak isterinya dengan menjual madu tersebut dan banyak lagi manfaatnya.
Wanita yang harus dicintai juga akan menyedarkan umur kita yang sebenar. Menyedarkan waktu yang kita gunakan untuk bebuat kebaikan, membahagiakan orang lain, menghibur orang yang sedang bersedih untuk mencapai keredhaan Allah dan rasa syukur kepada Allah.
Dan  wanita yang harus dicintai akan sedar akan dirinya yang tidak dapat lari dari  kematian. Dalam mempersiapkan bekalnya, dia akan sentiasa berbuat kebaikkan, dan perkataan yang selalu keluar dari mulutnya adalah zikir sehingga dia mampu mengingati Allah dalam keadaan susah mahupun senang.

Beberapa point untuk dapat menjadi wanita yang harus dicintai :
1.Iman yang kuat,sentiasa taat beribadah, istiqamah dan sabar serta ikhlas.2.Bersifat Mulia dan Bersifat mulia dalam pergaulan, tingkahlaku dan bertutur kata.3.Berfikiran positif, tidak buruk sangka dan sentiasa berada dalam senyuman.


Sumber: 


Thursday, May 26, 2011

Hads Mengenai Wanita


“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah 
mengubah ciptaan Allah.”





Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam 
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan 
penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.



“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)




Sunday, May 22, 2011

Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat


Dimanakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini?

Jawapannya seperti berikut :

Kesalahan Pertama:
Aurat itu memakai tudung sahaja

Kesalahan Kedua:
Bertudung, tetapi berkemeja-T lengan pendek

Kesalahan ketiga:
Bertudung, tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya

Kesalahan Keempat:
Bertudung, tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan kawasan-kawasan mudah "mengoda"

Kesalahan Kelima:
Bertudung, tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya

Kesalahan Keenam:
Bertudung, tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Todak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya

Kesalahan Ketujuh:
Bertudung, tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah bahagian dada daripada bertutup

Kesalahan Kelapan:
Bertudung, tetapi tudungnya amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menayangkan bahawa tutup aurat itu adalah tutup rambut sahaja. Ini tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah daripada firman Allah SWT yang bermaksud:

"...Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR..."
(An-Nur:31)



Friday, May 20, 2011

Cara syaitan menelanjangi kaum hawa





Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan

yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang

memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan

(ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu

kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah
ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa
pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya
dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para
wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun
bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan
manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti
juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke
negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian
penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika
seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i
(identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar
gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab
syar'i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya,
maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan
membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model
yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak
apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu
bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model
baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki
melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu..
tidak
apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah
syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah
menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih
maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut
sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan
hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli,
sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher
dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen
bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian
sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool"
cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita
berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya
dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan
memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan
kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan
potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja
yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia
menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya
di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan
transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi
sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka
syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea
baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita
itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya
sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati
paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan
energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan
dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha
ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan
duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa
lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini
pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan
dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang
sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih
"power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat
tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar
tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih
kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata
kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau
kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan
lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan
sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru
mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut
tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian
orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang
melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali
berbisik,
"Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan,
buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa
orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu
cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt
separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya
terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,
baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat
peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam
jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang
terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan
telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si
wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa
Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah
jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu
para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka
wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup
telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan
pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus
menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah
betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh
betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut.
"Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak
suka
kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka
lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi
sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian
tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau
wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-
sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar
malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya
memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di
zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang
ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya
menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali
orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan
melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab
wanita.

III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-
harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan
yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja,
sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala
harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia
pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan
tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan
berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya
sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial,
pakaian kerja, pakaian resmi, pakaian malam, petang, musim panas,
musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha
pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi,
semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil
untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka
segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang
terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya
dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan
dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering
disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut
begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya
tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama,
telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri
kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan
jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung
sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia
terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua,
terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak
gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil
tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan
dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita
untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti
merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka,
selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke
dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di
akhirat.





Thursday, February 10, 2011

Bestnya jadi Wanita


Kelebihan Menjadi Isteri yang Solehah
  1. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  2. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  3. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000  bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut (permata).
  4. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  5. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
  6. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.
  7. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
  8. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  9. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tuala emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tuala perak.
  10. Seorang isteri yg menyambut baik kedatangan suaminya yg dalam keadaan marah, Allah akan beri padanya setengah pahala jihad
  11. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki SYURGA.
Kelebihan menjadi Ibu yang Solehah
  1. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 8 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  2. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  4. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  5. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  6. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  7. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  8. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  9. Apabila seorang wanita melahirkan anak & dia mati maka dikira mati syahid.
  10. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
Aduhai diriku seorang wanita,
Syurga sedang memanggil-manggil namamu,
Bidadari sedang menunggu mu untuk dijadikan sebagai ketua mereka,
Para malaikat pula sedang sibuk menghiaskan mahligai untukmu,
Apa lagi yang kau mahu?
Sesungguhnya kehidupan dunia adalah sementara
Sedangkan, akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi..
Ayuh, terus berkhidmat untuk suami dan anak-anak,
kerana dengan khidmat, seseorang itu akan mendapat ALLAH swt
dan hanya dengan rahmat Allah swt, seseorang itu dapat masuk ke SYURGA.


Ya Allah, berikanlah kami taufiq dan hidayah untuk menjadi wanita yang solehah…aameen


Sunday, January 9, 2011

Bahayanya Bersolek




Bersolek itu membahayakan bagi kaum wanita dan lelaki di dunia dan di akhirat. Bersolek adalah haram hukumnya bagi kaum wanita baik ianya masih muda ataupun sudah tua, sama ada wanita itu cantik ataupun hodoh.

Bersoleknya kaum wanita boleh mengakibatkan negative yang besar dan bahayanya juga besar. Bersoleh juga boleh membawa kepada keretakan dan kemusnahan rumah tangga, dan dengan bersolek mengakibatkan fitnah dan kehancuran.

Kaum wanita yang bersolek sesungguhnya telah diperdayakan oleh syaitan dengan tipu dayanya dan menyimpang dari tuntutan al-Quran dan al-Sunnah. Dengan melanggar ketentuan Allah SWT, akan mengakibatkan mereka terjerumus ke jurang kefasiqan dan kemaksiatan.

Wahai saudariku kaum Muslimat, hindarilah perbuatan bersolek dan menonjolkan perhiasan dan kecantikan pada lelaki yang bukan muhrimnya.

Wahai saudariku kaum Muslimat, taatlah kepada Allah SWT dan RasulNya. Peliharalah dirimu, peliharalah agamamu dan jagalah kehormatanmu dari kehinaan.

Wahai saudariku kaum Muslimat, sebahagian dari punca berlakunya kerosakan besar adalah disebabkan ramai kaum wanita Islam yang sangat suka meniru-niru berpakaian cara orang kafir. Misalnya memakai mini skirt, mendedahkan kepala, memperlihatkan dada seolah-olah menunjukkan kehebatan buah dadanya, mempamerkan kecantikan, mendandan rambut mengikut gayanya seperti orang fasik dan memakai rambut palsu dan sebagainya.

Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya:


"Barang siapa yang menyerupai gaya suatu kaum, maka dia termasuk dalam kaum itu,"

Hadis di atas ini sudah cukup untuk menerangkan kepada kita ke mana kita akan tuju lakaubkita mengikut cara hidup orang kafir. Kalau kita masih lagi hendak mengikut cara hidup orang-orang kafir, maka tidaklah perlu kita risau bahawa di akhirat nanti Allah SWT akan menempatkan kita bersama-sama orang-orang kafir di nerakan Jahanam.